Penyokong Setia (",)

BISNES AKU

Thursday 25 August 2011

Kemuncak Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr [1] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [2] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan [3] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) [4] Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing [5]"  < Surah al-Qadr (97) >

Malam al-Qadr merupakan satu malam yang sangat didambakan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Hal ini kerana Malam al-Qadr atau Lailatulqadr ini dijanjikan oleh Allah s.w.t sebagai satu malam yang paling mulia bersandarkan ayat ketiga dalam surah al-Qadr. Namun, adakah kita tahu apakah hikmah di sebalik Malam Kemuliaan ini? Adakah kita tahu apa itu Kemuncak Ramadhan?

Secara umumnya, ramai yang tahu bahawa Lailatulqadr adalah kemuncak segala amalan yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan. Disebalik kenyataan ini, kita harus memahami bahawa  amalan yang menjadi keutamaan dalam bulan Ramadhan mestilah berkait rapat dengan amalan yang disarankan pada Malam al-Qadr ini.

Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah s.a.w., katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

    Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai ampunan,                       maka ampunilah daku

Saranan Rasullullah s.a.w. kepada Saidatina Aisyah ini menandakan bahawa kita digalakkan untuk memohon kemaafan kepada Allah s.w.t. apabila diberi peluang bertemu dengan Lailatulqadr. Hal ini dapat dirumuskan bahawa kemuncak amalan dalam bulan Ramadhan ialah apabila setiap amalan kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk kita mendapat keampunan Allah s.w.t?

Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Sekian saja perkongsian untuk kali ini, semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa. Amiin..Wallahu'alam...

Read more...

Monday 22 August 2011

Terima Kasih Team iluvislam

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dikurniakan kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini. Diharapkan semua rakan-rakan dapat menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan mencari keredhaanNya..
Berbalik kepada tajuk di atas, diri ini bersyukur dan agak gembira hari ini apabila mendapat respon daripada team iluvislam.com berkenaan artikel Nukilan Untuk Sang Kumbang yang dihantar pada minggu lepas..

Inilah emel daripada editor team iluvislam
Memang diri ini masih lagi kerdil dalam bidang penulisan ini dan komen daripada editor iluvislam ini sedikit sebanyak memberi ilmu baru untuk terus menulis dan menyampaikan mesej yang berguna kepada semua..InsyaAllah..

Artikel yang siap diedit di website iluvislam ini sangat puitis dan memang menunjukkan profesionalisme editor team iluvislam (..hehehe konfirm aku kalah)..Artikel tu dh diubah tajuk kepada Kumbang Dan Bunga dalam kategori Tazkirah Remaja..Boleh Klik Di Sini untuk membaca artikel penuh..

Jom bloggers teruskan usaha yang kecil ini untuk memberi manfaat kepada yang lain.. 

Terima kasih sekali lagi editor team iluvislam.com (",)

Read more...

Contest Aku Berpuisi-Nukilan Untuk Sang Kumbang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pertama sekali nak mohon maaf kepada semua 'readers' sebab terpaksa buat 'post' dua kali..hehehe ni semua sebab malas nak kacau 'post' yang original sebelum ni..Tujuan 'post' kali ni adalah sebab hati ni terdetik nak join Contest Aku Berpuisi yang dianjurkan oleh Mohamad Azhan..hehe saja je nak mencuba nasib kan..sapa2 nak join pn boleh lagi join sebelum 31 Ogos dgn klik kt gambar bawah ni k..selamat mencuba (",)

Nukilan Untuk Sang Kumbang
Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan
Kau diberi peluang menjaga bunga-bunga itu dengan sepenuh kudratmu
Kau diberi mandat membetulkan haluan lenggokan bunga-bunga itu
Kau harus ingat amanah ini bukan mainan mahupun kebanggaan keatasmu

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada mawar yang berduri
Janganlah Kau sesekali mematahkan duri-duri itu
Kerana duri itulah perisai baginya dan pengawal dirinya
Sebaliknya Kau pagarkanlah ia dengan hiasan takwa kepada penciptanya

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau rakus meleraikan kelopak bunga itu satu persatu
Janganlah sesekali Kau menghilangkan keharuman bunga yang mekar mewangi
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang perosak yang tiada tempat di sisiNYA kelak

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu semata-mata
Tetapi bunga-bunga inilah menjadi tanggungan keatasmu di alam kekal abadi

Wahai Sang Kumbang...
Benar Kau diberi kelebihan bertaut lebih daripada satu
Namun harus Kau ingat bukan nafsu menjadi ukuran untukmu
Benar Kau diberi kuasa menentukan haluan Si Bunga mengikut kehendakmu
Namun jangan dilupa tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan sepintas lalu

Wahai Sang Kumbang...
Tugasmu bukan untuk bersenang menghisap madu dan berlalu pergi
Setiap perlakuanmu menjadi luka yang mendalam kepada Si Bunga
Kerosakan yang Kau lakukan tidak boleh ditukar ganti buat Si Bunga
Ingatlah amanahmu lebih berat dari keseronokan yang Kau dambakan...

Syarat Contest ni kena tag 3 orang, so mangsanya : HafidahnorinLinapink & Mienbaik...hehehe

Read more...

Saturday 20 August 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...