Penyokong Setia (",)

BISNES AKU

Thursday 3 November 2011

The Great Manual Worker


Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Manusia yg riak dan angkuh tak akan pernah tahu apa kelemahan yg ada padanya melainkan kelemahan pada diri orang lain. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yg masih sedar siapa kita dan menghargai orang sekeliling kita. Jom tengok video yang mengisahkn seorang anak yatim yg hidup sebatang kara dan tak putus asa untuk berusaha mencuba..semoga bermanfaat..InsyaAllah..

Sung-bong Choi

Read more...

Wednesday 19 October 2011

Blog Dah Bersawang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di sini.. Merasakan dah terlalu lama x update blog ni..Hari ni nk curi sedikit masa untuk bersihkan sikit sawang (sarang labah2) kt blog ni..hehe tapi maaf sekali lagi sebab post kali ni bukan idea diri ini sendiri memandangkan masa yg sentiasa mengejar di belakang..sumber artikel ni pun xpasti dari mana sebab dh lama ada dalam simpanan..Jadi, nk kongsikan kepada semua disini..semoga bermanfaat..insyaAllah..


*Kisah ini mempunyai kaitan dengan keluarga Mahatma Gandhi di India..
bayangkan setting yang bersesuaian...

Waktu itu, saya masih berusia enam belas tahun dan tinggal bersama orang tua di sebuah kediaman yang didirikan oleh kakak saya, di tengah-tengah kebun tebu, lapan belas kilometer di luar kota Durban, Afrika Selatan.

Kami tinggal jauh di pedalaman dan tidak memiliki tetangga. Tidak hairanlah apabila saya dan dua saudara perempuan saya sangat seronok tatkala berkesempatan keluar ke kota untuk mengunjungi teman atau menonton wayang.

Pada suatu hari, ayah meminta saya menghantarnya ke bandar untuk menghadiri satu persidangan yang diadakan selama sehari penuh. Saya sangat gembira.

Ibu telah mengirimkan saya beberapa barang untuk dibeli.
Ayah juga menyuruh saya membaiki keretanya di bengkel.

Pagi itu, setibanya di tempat bersidang, ayah telah berpesan,
“Ayah akan tunggu kamu di sini pada pukul 5 petang. Kemudian,kita akan pulang ke rumah bersama-sama.”

Setelah saya membelikan kiriman ibu di pasar raya, saya menuju pula ke bengkel untuk melihat apa yang tidak kena dengan enjin keretanya yang terhenjut-henjut semasa dalam perjalanan tadi. Menurut mekanik, ia mungkin mengambil masa untuk menyiapkannya.

Sementara menunggu kereta siap dan jam pula menunujukkan pukul 12 tengahari, saya telah mengambil keputusan untuk menonton wayang. Saya benar-benar terpikat dengan dua aktor filem pujaan saya sehinga lupa akan waktunya.

Jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang. “Ayah!”

Saya tahu dia pasti marah kerana terpaksa menunggu. Saya pun apa lagi terus ke bengkel dan terburu-buru menjemput ayah. Saat itu sudah pukul 6.30 petang.

“Kenapa kau lambat?”
tanya ayah. Saya sangat malu untuk mengakui bahawa saya sebenarnya menonton wayang.

Lalu saya menjawab “Kereta lambat siap ayah”.

Padahal, tanpa pengetahuan saya, rupa-rupanya ayah telah menelefon ke bengkel berkenaan. Pecahlah rahsia.

Lalu ayah berkata, “Ada sesuatu yang salah dalam membesarkan kau sehingga kau tidak memiliki keberanian untuk menceritakan kebenaran kepada ayah. Bagi menghukum kesalahan ayah ini, ayah akan berjalan kaki pulang ke rumah sambil memikirkan perkara itu sebaik-baiknya.”

Sehabis berkata demikian, ayah mulai berjalan kaki pulang ke rumah. Saya tidak berani membantah kata-katanya. Hari sudah gelap waktu itu. Saya tidak sampai hati meninggalkan ayah.

Maka selama lebih kurang dua jam setengah, saya membawa kereta perlahan-lahan di belakang ayah sambil merana melihat penderitaan ayah hanya kerana pembohongan bodoh itu. Sejak itu saya tidak pernah berbohong.

Sekiranya ayah menghukum saya, saya akan menderita atas hukuman atau kekerasan yang diberikan dan mungkin akan melakukan hal yang sama lagi. Tetapi, hanya dengan satu tindakan tanpa kekerasan yang sangat luar biasa, sehingga saya rasakan kejadian itu baru sahaja berlaku kelmarin. Itulah kekuatan tanpa kekerasan....

Read more...

Tuesday 13 September 2011

Jom Pakat-pakat Himpun Anak Kedah

Terbuka kepada semua orang Kedah (Percuma)

Read more...

Thursday 8 September 2011

Koleksi Ucapan Raya

Alhamdulillah setelah 8jam perjalanan dari Kedah sampai juga akhirnya kat UM hari ni. Nasib baik la ada Naufal nak balik sekali dengan moto kalau tak memang gundah gulana jugak la nak balik KL sorang2 kan. Tapi Alhamdulillah syukur sangat sebab kami sampai jugak dan yang paling nasib baik sekali moto ct110 tak rosak sebab bila sampai UM baru perasan ada nat kat tayar belakang hilang...taktaula jatuh ka apa..nasib baik Allah selamatkan perjalanan kami..syukur Alhamdulillah (",)

Bersempena dengan bulan Syawal yang masih berbaki ni saya nak berkongsi beberapa mesej ucapan raya daripada kawan2 yang kadang2 memang ayat sebijik sama..hehe nampak sangat copy & paste. Silap-silap satgi readers pun dah pernah baca mesej ucapan ni..hehe sapa la yang cipta mesej ni yang mula2 kan..kalau dapat cari memang hebatla (",) 

  1. Tiada kata seindah zikir, tiada hari seindah Ramadhan, Tiada berkat seberkat Aidilfitri, Justeru itu sepuluh jari disusun mohon diampun maafkan janji yang terabai, Kata yang menyakitkan hati, prasangka yang membuai. 
  2. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada keyakinan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, Dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa, harap dimaafi segala-galanya.
  3. Walau jauh bukan halangan, SMS dihantar tanda persahabatan, Kupohon maaf selama berkawan, Salam Aidilfitri tanda ingatan.
  4. Masak udang dan gulai ketam, pembasuh mulut kuih keria. Berbunyi mercun berdetum detam, riang ria diahri Raya.
  5. Moga Syawal yang tiba menghasilkan RESULT TAQWA yang terbaik hasil dari IMTIHAN di Universiti Ramadhan.
  6. Buah laici Buah strawberi, Dicuri pulak si labu labi. Salah dan silap please forgive me, bermaafan kita di Aidilfitri.
  7. Aku tak pandai mengarang puisi, Tidak ku pandai bermadah berseni. Satu kalimah yang tulus dari hati, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Inilah beberapa mesej yang boleh dikongsi untuk raya tahun ni. Boleh copy siap2 untuk raya tahun depan..hehe..dan ini pulak ucapan tulus ikhlas dari hati kepada semua readers & followers.
Jangan lupa puasa enam pulak lepas ni kawan2 (",)
Setakat ni saja perkongsian untuk kali ni..maaf kalau xberapa menarik sebab agak keletihan merempit dari Kedah ke KL tadi..kalau naek superbike takpa la kan..hehe see again in next entry..wassalam

Read more...

Thursday 25 August 2011

Kemuncak Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr [1] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [2] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan [3] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) [4] Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing [5]"  < Surah al-Qadr (97) >


Malam al-Qadr merupakan satu malam yang sangat didambakan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Hal ini kerana Malam al-Qadr atau Lailatulqadr ini dijanjikan oleh Allah s.w.t sebagai satu malam yang paling mulia bersandarkan ayat ketiga dalam surah al-Qadr. Namun, adakah kita tahu apakah hikmah di sebalik Malam Kemuliaan ini? Adakah kita tahu apa itu Kemuncak Ramadhan?


Secara umumnya, ramai yang tahu bahawa Lailatulqadr adalah kemuncak segala amalan yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan. Disebalik kenyataan ini, kita harus memahami bahawa  amalan yang menjadi keutamaan dalam bulan Ramadhan mestilah berkait rapat dengan amalan yang disarankan pada Malam al-Qadr ini.

Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah s.a.w., katanya:


"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

    Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai ampunan,                       maka ampunilah daku

Saranan Rasullullah s.a.w. kepada Saidatina Aisyah ini menandakan bahawa kita digalakkan untuk memohon kemaafan kepada Allah s.w.t. apabila diberi peluang bertemu dengan Lailatulqadr. Hal ini dapat dirumuskan bahawa kemuncak amalan dalam bulan Ramadhan ialah apabila setiap amalan kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk kita mendapat keampunan Allah s.w.t?


Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."


Sekian saja perkongsian untuk kali ini, semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa. Amiin..Wallahu'alam...

Read more...

Monday 22 August 2011

Terima Kasih Team iluvislam

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dikurniakan kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini. Diharapkan semua rakan-rakan dapat menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan mencari keredhaanNya..
Berbalik kepada tajuk di atas, diri ini bersyukur dan agak gembira hari ini apabila mendapat respon daripada team iluvislam.com berkenaan artikel Nukilan Untuk Sang Kumbang yang dihantar pada minggu lepas..

Inilah emel daripada editor team iluvislam
Memang diri ini masih lagi kerdil dalam bidang penulisan ini dan komen daripada editor iluvislam ini sedikit sebanyak memberi ilmu baru untuk terus menulis dan menyampaikan mesej yang berguna kepada semua..InsyaAllah..

Artikel yang siap diedit di website iluvislam ini sangat puitis dan memang menunjukkan profesionalisme editor team iluvislam (..hehehe konfirm aku kalah)..Artikel tu dh diubah tajuk kepada Kumbang Dan Bunga dalam kategori Tazkirah Remaja..Boleh Klik Di Sini untuk membaca artikel penuh..

Jom bloggers teruskan usaha yang kecil ini untuk memberi manfaat kepada yang lain.. 

Terima kasih sekali lagi editor team iluvislam.com (",)


Read more...

Contest Aku Berpuisi-Nukilan Untuk Sang Kumbang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pertama sekali nak mohon maaf kepada semua 'readers' sebab terpaksa buat 'post' dua kali..hehehe ni semua sebab malas nak kacau 'post' yang original sebelum ni..Tujuan 'post' kali ni adalah sebab hati ni terdetik nak join Contest Aku Berpuisi yang dianjurkan oleh Mohamad Azhan..hehe saja je nak mencuba nasib kan..sapa2 nak join pn boleh lagi join sebelum 31 Ogos dgn klik kt gambar bawah ni k..selamat mencuba (",)

Nukilan Untuk Sang Kumbang
Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan
Kau diberi peluang menjaga bunga-bunga itu dengan sepenuh kudratmu
Kau diberi mandat membetulkan haluan lenggokan bunga-bunga itu
Kau harus ingat amanah ini bukan mainan mahupun kebanggaan keatasmu

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada mawar yang berduri
Janganlah Kau sesekali mematahkan duri-duri itu
Kerana duri itulah perisai baginya dan pengawal dirinya
Sebaliknya Kau pagarkanlah ia dengan hiasan takwa kepada penciptanya

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau rakus meleraikan kelopak bunga itu satu persatu
Janganlah sesekali Kau menghilangkan keharuman bunga yang mekar mewangi
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang perosak yang tiada tempat di sisiNYA kelak

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu semata-mata
Tetapi bunga-bunga inilah menjadi tanggungan keatasmu di alam kekal abadi

Wahai Sang Kumbang...
Benar Kau diberi kelebihan bertaut lebih daripada satu
Namun harus Kau ingat bukan nafsu menjadi ukuran untukmu
Benar Kau diberi kuasa menentukan haluan Si Bunga mengikut kehendakmu
Namun jangan dilupa tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan sepintas lalu

Wahai Sang Kumbang...
Tugasmu bukan untuk bersenang menghisap madu dan berlalu pergi
Setiap perlakuanmu menjadi luka yang mendalam kepada Si Bunga
Kerosakan yang Kau lakukan tidak boleh ditukar ganti buat Si Bunga
Ingatlah amanahmu lebih berat dari keseronokan yang Kau dambakan...



Syarat Contest ni kena tag 3 orang, so mangsanya : HafidahnorinLinapink & Mienbaik...hehehe

Read more...

Saturday 20 August 2011

Nukilan Untuk Sang Kumbang

Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan
Kau diberi peluang menjaga bunga-bunga itu dengan sepenuh kudratmu
Kau diberi mandat membetulkan haluan lenggokan bunga-bunga itu
Kau harus ingat amanah ini bukan mainan mahupun kebanggaan keatasmu

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada mawar yang berduri
Janganlah Kau sesekali mematahkan duri-duri itu
Kerana duri itulah perisai baginya dan pengawal dirinya
Sebaliknya Kau pagarkanlah ia dengan hiasan takwa kepada penciptanya

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau rakus meleraikan kelopak bunga itu satu persatu
Janganlah sesekali Kau menghilangkan keharuman bunga yang mekar mewangi
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang perosak yang tiada tempat di sisiNYA kelak

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu semata-mata
Tetapi bunga-bunga inilah menjadi tanggungan keatasmu di alam kekal abadi

Wahai Sang Kumbang...
Benar Kau diberi kelebihan bertaut lebih daripada satu
Namun harus Kau ingat bukan nafsu menjadi ukuran untukmu
Benar Kau diberi kuasa menentukan haluan Si Bunga mengikut kehendakmu
Namun jangan dilupa tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan sepintas lalu

Wahai Sang Kumbang...
Tugasmu bukan untuk bersenang menghisap madu dan berlalu pergi
Setiap perlakuanmu menjadi luka yang mendalam kepada Si Bunga
Kerosakan yang Kau lakukan tidak boleh ditukar ganti buat Si Bunga
Ingatlah amanahmu lebih berat dari keseronokan yang Kau dambakan...



Read more...

Sunday 31 July 2011

Ramadhan Yang Dinanti

Daim: Assalamualaikum. Kedah, awak bawak baju apa untuk perjalanan kita nanti?
Kedah: Waalaikumussalam. Kami pun taktau. Tapi kami rasa nak bawak baju yg smart sikit la. 
Daim: Eh kenapa lak kita kena bawak baju cantek2?
Kedah: Apa la hang ni..kan kita nk naek kapal mewah sampai sebulan. Rugila kalau kita tak bergaya masa tu. Bukan senang nk dapat peluang ni Daim. Setahun sekali ja.
Daim: Hmm..Betol jugak kata awak tu. Maknanya kita kena upgrade sikitla penampilan kita masa tu kan. Lagipun saya dengar ada Malam Paling Istimewa dalam sebulan tu. Beruntung sangat2 sesiapa yg dapat Anugerah Khas malam tu kan.
Kedah: Yup..btol3..hehehe

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk mencoret sesuatu sempena Bulan penuh barakah yg bakal dilalui esok. Dialog diatas hanyalah analogi yang boleh diaplikasi dalam bulan Ramadhan sebab bulan ini adalah bulan yg sangat2 istimewa dan adanya Lailatul Qadar (Malam yg lebih baik dari Seribu Bulan). Rugi sangat2 kalau kita tak meningkatkan amalan kita sepanjang bulan ini dan mengekalkan amalan2 tersebut dalam bulan2 seterusnya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat." (Bukhari & Muslim)


Banyak sangat amalan2 yang boleh kita amalkan sepanjang Ramadhan ni antaranya ialah :
  • Qiyamullail 
  • Bersedekah
  • Kurangkan bergosip
  • Kurangkan perbuatan-perbuatan melalaikan
  • Memberi makan untuk orang berbuka puasa
  • Mengerjakan solat sunat tarawikh
  • Memperbanyakkan membaca dan memahami kandungan Al-Quran
  • Memperbanyakkan zikir dan banyak lagi
Namun, harus kita ingat semua amalan ini mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak hanya dilakukan sepanjang bulan Ramadhan semata-mata sebaliknya wajib dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w "Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya tersebut melainkan rasa lapar dan dahaga." (HR. Ath Thabrani)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan Qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


Semoga segala amalan kita diterima Allah s.w.t. Sekian. Wassalam..


Read more...

Thursday 28 July 2011

Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100

Alhamdulillah masa blogwalking td terjumpala satu perkongsian daripada ustaz zaharuddin tentang satu isu yg agak popular di facebook. Rasa-rasanya perkataan "Login Facebook Dapat RM 100" sudah tidak asing lagi bg semua org yg ada akaun Facebook kn?


Apa yang ingin dikongsikan dalam Post kali ni adalah mengenai status Program ini sama ada Halal atau tidak dari perspektif syariah islam. Perkongsian ini lebih difokuskan kepada saudara/saudari seislam sekalian supaya kita tidak lagi terpedaya dan tidak terikut-ikut dengan aliran yang salah di sisi agama. Berikut adalah ulasan daripada ustaz zaharuddin:


Penilaian saya:
Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.
Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.
Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI  (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).
Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.
Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.

KESIMPULAN AKHIR
1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.
Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
13 Rabi'ul Awal 1431 H
27 Feb 2010

Setakat ni saja perkongsian untuk post kali ni. semoga semua saudara2 seislamku tidak lagi tertipu dan tidak lagi terlalu mengejar kekayaan dunia yang sementara sehingga terlupa mencari bekalan di akhirat kelak.
Sekian....semoga bermanfaat..Wallahu'alam..

Untuk maklumat lanjut sila KLIK SINI
Jom tengok Bisnes aku DI SINI

Read more...

Tuesday 26 July 2011

Terkini: Barbican Halal Diminum

Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah dengar x Minuman Barbican?
Seperti yg kita tahu, sebelum ni status minuman ini menjadi kontroversi dan hangat diperkatakan di negara kita sama ada ia Halal ataupun tidak. Banyak blogger2 menulis tentang status Barbican ni sebab isu Barbican dikatakan Haram oleh JAKIM pada masa itu sebab mengandungi 0.5 % Alkohol.
Barbican kontroversi

Apa yang mengelirukan pada masa itu ialah kenapa ianya tidak dihebahkan kepada media secara meluas tentang status minuman tersebut dan kenapa minuman tersebut masih lagi boleh didapati dengan mudah dan dijual di merata tempat di seluruh negara kan?

Alhamdulillah hari ini KOSMO! telah menghilangkan keraguan tentang minuman ini dengan menyatakan bahawa Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan yang Barbican ni HALAL diminum. Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa itu bersidang dari 16 - 18 Jun baru-baru ini.

Antara sebab2 Barbican ini boleh diminum dan disahkan Halal adalah kerana :

  • Diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak
  • Alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut bukan terhasil daripada proses pembuatan arak
  • Kandungan Alkohol yg sedikit seperti terkandung dalam keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ni di sini.
Jadi hajat aku nak mencuba minuman ini boleh diteruskanla kan..hehehe alhamdulillah dah jelas..kepada kawan2 yg pernah minum Barbican ni jangan risau lagi la sebab dah disahkan Halal dan boleh diminum oleh sesiapa saja sekarang...

Sumber : KOSMO! (26 JULAI 2011)

Read more...

Sunday 24 July 2011

Tudung VS Kuali

Tajuk ni macam pelik je kan? 
Sebenarnya dua perkataan ni merujuk kepada dua watak dalam dialog di bawah ni..
Inilah beberapa alasan yang dicipta oleh manusia kerana lupa kepada Pencipta (Allah s.w.t)..



Rasululullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Read more...

Apa Yang Patut Kita Tahu

Percaya atau tidak bahawa apa yang kita tahu di media massa atau yang kebanyakan orang tahu tentang sesuatu di zaman  sekarang tidak semestinya tepat dan tidak semestinya dijelaskan dengan betul. Kadang-kadang ilmu yang kita pelajari di universiti pun tidak dipraktikkan atau tidak penting pun dalam bidang pekerjaan. Tapi tak bermaksud semua ilmu itu tidak berguna kan.

Misalnya subjek Sejarah yang kita pelajari (di sekolah mahupun universiti) sebenarnya menyembunyikan beberapa fakta di sebalik setiap kejadian yang berlaku dengan tujuan untuk mengelakkan kontroversi dan ada yang sengaja disembunyikan tetapi tetap ada kebaikan di sebalik sejarah itu kan.

Tapi untuk post kali ni lebih fokus kepada beberapa fakta yang sebenarnya kurang tepat dengan apa yang kita patut tahu. Antaranya ialah :

  • Biologi : Kalau seseorang memerlukan Vitamin B atau kekurangan darah merah, dia digalakkan untuk makan hati haiwan (hati ayam) sedangkan Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan kita memakan organ dalaman. Sebenarnya segala toksin akan dikumpul dan dineutralkan dalam hati (ayam). Jadi, hati adalah organ yang tinggi kandungan toksin dan apabila seseorang memakannya boleh menyebabkan kekuatan otak berfikir semakin lemah.
  • Kopi dikatakan tidak bagus untuk diminum sebaliknya ia tidaklah begitu memudaratkan diri seperti yang diheboh-hebohkan. Ini kerana kopi juga mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan manusia . Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI
  • Zaman modenisasi menggalakkan kita untuk makan makanan segera sedangkan kita sedia maklum makanan ini mengandungi MSG (Monosodium Glutamate) yang boleh membahayakan kesihatan manusia seperti DI SINI
  • Kambing : Daging kambing dikatakan tinggi kolesterol dan tidak baik untuk kesihatan sebaliknya daging kambing banyak khasiatnya. Sila rujuk SINI dan SINI
  • Coca-Cola : Rata-rata penduduk di dunia termasuk Malaysia minum air Coca-Cola tanpa tahu kesan dan akibat yang bakal dihadapi. Sebenarnya air ni mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi (hampir sama dengan minuman berkarbonat yang lain tapi tak seteruk ini) dan boleh manghakis tulang (kalsium) seperti kajian saintifik di SINI dan tengok video di bawah.

  • Rokok : Seperti yang kita sedia maklum, merokok boleh memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling tapi kenapa merokok ini masih popular dalam kangan kita ek? Jom tengok kesan merokok di SINI dan SINI 
  • Paling mengejutkan : Soya dikatakan sangat berkhasiat dan baik untuk diamalkan tapi apabila dikaji didapati makanan berasaskan soya sebenarnya boleh memudaratkan seperti boleh mendatangkan kanser dan mengurangkan kesuburan. Maklumat lanjut klik SINI dan SINI
Nota : Paling mengejutkan sebab aku salah seorang penggemar soya...so kena kurangkanla pasni..jadi, terserahla pada anda untuk ambil langkah yang terbaik untuk kebaikan masing-masing.


Read more...

Saturday 23 July 2011

Pesanan Pizza Tahun 2120

<Sistem database automatik> 
Selamat datang ke dunia IT...

Rakaman Panggilan Telefon Pesanan Pizza Tahun 2120

Operator : Terima kasih kerana anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....

Pelanggan : Hello, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Ok lah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : Kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : Sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....



Sumber: Perkongsian daripada seorang sahabat di Facebook...(",)
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...