Penyokong Setia (",)

BISNES AKU

Sunday 31 July 2011

Ramadhan Yang Dinanti

Daim: Assalamualaikum. Kedah, awak bawak baju apa untuk perjalanan kita nanti?
Kedah: Waalaikumussalam. Kami pun taktau. Tapi kami rasa nak bawak baju yg smart sikit la. 
Daim: Eh kenapa lak kita kena bawak baju cantek2?
Kedah: Apa la hang ni..kan kita nk naek kapal mewah sampai sebulan. Rugila kalau kita tak bergaya masa tu. Bukan senang nk dapat peluang ni Daim. Setahun sekali ja.
Daim: Hmm..Betol jugak kata awak tu. Maknanya kita kena upgrade sikitla penampilan kita masa tu kan. Lagipun saya dengar ada Malam Paling Istimewa dalam sebulan tu. Beruntung sangat2 sesiapa yg dapat Anugerah Khas malam tu kan.
Kedah: Yup..btol3..hehehe

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk mencoret sesuatu sempena Bulan penuh barakah yg bakal dilalui esok. Dialog diatas hanyalah analogi yang boleh diaplikasi dalam bulan Ramadhan sebab bulan ini adalah bulan yg sangat2 istimewa dan adanya Lailatul Qadar (Malam yg lebih baik dari Seribu Bulan). Rugi sangat2 kalau kita tak meningkatkan amalan kita sepanjang bulan ini dan mengekalkan amalan2 tersebut dalam bulan2 seterusnya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat." (Bukhari & Muslim)


Banyak sangat amalan2 yang boleh kita amalkan sepanjang Ramadhan ni antaranya ialah :
  • Qiyamullail 
  • Bersedekah
  • Kurangkan bergosip
  • Kurangkan perbuatan-perbuatan melalaikan
  • Memberi makan untuk orang berbuka puasa
  • Mengerjakan solat sunat tarawikh
  • Memperbanyakkan membaca dan memahami kandungan Al-Quran
  • Memperbanyakkan zikir dan banyak lagi
Namun, harus kita ingat semua amalan ini mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak hanya dilakukan sepanjang bulan Ramadhan semata-mata sebaliknya wajib dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w "Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya tersebut melainkan rasa lapar dan dahaga." (HR. Ath Thabrani)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan Qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


Semoga segala amalan kita diterima Allah s.w.t. Sekian. Wassalam..


Read more...

Thursday 28 July 2011

Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100

Alhamdulillah masa blogwalking td terjumpala satu perkongsian daripada ustaz zaharuddin tentang satu isu yg agak popular di facebook. Rasa-rasanya perkataan "Login Facebook Dapat RM 100" sudah tidak asing lagi bg semua org yg ada akaun Facebook kn?


Apa yang ingin dikongsikan dalam Post kali ni adalah mengenai status Program ini sama ada Halal atau tidak dari perspektif syariah islam. Perkongsian ini lebih difokuskan kepada saudara/saudari seislam sekalian supaya kita tidak lagi terpedaya dan tidak terikut-ikut dengan aliran yang salah di sisi agama. Berikut adalah ulasan daripada ustaz zaharuddin:


Penilaian saya:
Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.
Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.
Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI  (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).
Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.
Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.

KESIMPULAN AKHIR
1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.
Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
13 Rabi'ul Awal 1431 H
27 Feb 2010

Setakat ni saja perkongsian untuk post kali ni. semoga semua saudara2 seislamku tidak lagi tertipu dan tidak lagi terlalu mengejar kekayaan dunia yang sementara sehingga terlupa mencari bekalan di akhirat kelak.
Sekian....semoga bermanfaat..Wallahu'alam..

Untuk maklumat lanjut sila KLIK SINI
Jom tengok Bisnes aku DI SINI

Read more...

Tuesday 26 July 2011

Terkini: Barbican Halal Diminum

Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah dengar x Minuman Barbican?
Seperti yg kita tahu, sebelum ni status minuman ini menjadi kontroversi dan hangat diperkatakan di negara kita sama ada ia Halal ataupun tidak. Banyak blogger2 menulis tentang status Barbican ni sebab isu Barbican dikatakan Haram oleh JAKIM pada masa itu sebab mengandungi 0.5 % Alkohol.
Barbican kontroversi

Apa yang mengelirukan pada masa itu ialah kenapa ianya tidak dihebahkan kepada media secara meluas tentang status minuman tersebut dan kenapa minuman tersebut masih lagi boleh didapati dengan mudah dan dijual di merata tempat di seluruh negara kan?

Alhamdulillah hari ini KOSMO! telah menghilangkan keraguan tentang minuman ini dengan menyatakan bahawa Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan yang Barbican ni HALAL diminum. Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa itu bersidang dari 16 - 18 Jun baru-baru ini.

Antara sebab2 Barbican ini boleh diminum dan disahkan Halal adalah kerana :

  • Diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak
  • Alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut bukan terhasil daripada proses pembuatan arak
  • Kandungan Alkohol yg sedikit seperti terkandung dalam keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ni di sini.
Jadi hajat aku nak mencuba minuman ini boleh diteruskanla kan..hehehe alhamdulillah dah jelas..kepada kawan2 yg pernah minum Barbican ni jangan risau lagi la sebab dah disahkan Halal dan boleh diminum oleh sesiapa saja sekarang...

Sumber : KOSMO! (26 JULAI 2011)

Read more...

Sunday 24 July 2011

Tudung VS Kuali

Tajuk ni macam pelik je kan? 
Sebenarnya dua perkataan ni merujuk kepada dua watak dalam dialog di bawah ni..
Inilah beberapa alasan yang dicipta oleh manusia kerana lupa kepada Pencipta (Allah s.w.t)..



Rasululullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Read more...

Apa Yang Patut Kita Tahu

Percaya atau tidak bahawa apa yang kita tahu di media massa atau yang kebanyakan orang tahu tentang sesuatu di zaman  sekarang tidak semestinya tepat dan tidak semestinya dijelaskan dengan betul. Kadang-kadang ilmu yang kita pelajari di universiti pun tidak dipraktikkan atau tidak penting pun dalam bidang pekerjaan. Tapi tak bermaksud semua ilmu itu tidak berguna kan.

Misalnya subjek Sejarah yang kita pelajari (di sekolah mahupun universiti) sebenarnya menyembunyikan beberapa fakta di sebalik setiap kejadian yang berlaku dengan tujuan untuk mengelakkan kontroversi dan ada yang sengaja disembunyikan tetapi tetap ada kebaikan di sebalik sejarah itu kan.

Tapi untuk post kali ni lebih fokus kepada beberapa fakta yang sebenarnya kurang tepat dengan apa yang kita patut tahu. Antaranya ialah :

  • Biologi : Kalau seseorang memerlukan Vitamin B atau kekurangan darah merah, dia digalakkan untuk makan hati haiwan (hati ayam) sedangkan Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan kita memakan organ dalaman. Sebenarnya segala toksin akan dikumpul dan dineutralkan dalam hati (ayam). Jadi, hati adalah organ yang tinggi kandungan toksin dan apabila seseorang memakannya boleh menyebabkan kekuatan otak berfikir semakin lemah.
  • Kopi dikatakan tidak bagus untuk diminum sebaliknya ia tidaklah begitu memudaratkan diri seperti yang diheboh-hebohkan. Ini kerana kopi juga mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan manusia . Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI
  • Zaman modenisasi menggalakkan kita untuk makan makanan segera sedangkan kita sedia maklum makanan ini mengandungi MSG (Monosodium Glutamate) yang boleh membahayakan kesihatan manusia seperti DI SINI
  • Kambing : Daging kambing dikatakan tinggi kolesterol dan tidak baik untuk kesihatan sebaliknya daging kambing banyak khasiatnya. Sila rujuk SINI dan SINI
  • Coca-Cola : Rata-rata penduduk di dunia termasuk Malaysia minum air Coca-Cola tanpa tahu kesan dan akibat yang bakal dihadapi. Sebenarnya air ni mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi (hampir sama dengan minuman berkarbonat yang lain tapi tak seteruk ini) dan boleh manghakis tulang (kalsium) seperti kajian saintifik di SINI dan tengok video di bawah.

  • Rokok : Seperti yang kita sedia maklum, merokok boleh memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling tapi kenapa merokok ini masih popular dalam kangan kita ek? Jom tengok kesan merokok di SINI dan SINI 
  • Paling mengejutkan : Soya dikatakan sangat berkhasiat dan baik untuk diamalkan tapi apabila dikaji didapati makanan berasaskan soya sebenarnya boleh memudaratkan seperti boleh mendatangkan kanser dan mengurangkan kesuburan. Maklumat lanjut klik SINI dan SINI
Nota : Paling mengejutkan sebab aku salah seorang penggemar soya...so kena kurangkanla pasni..jadi, terserahla pada anda untuk ambil langkah yang terbaik untuk kebaikan masing-masing.


Read more...

Saturday 23 July 2011

Pesanan Pizza Tahun 2120

<Sistem database automatik> 
Selamat datang ke dunia IT...

Rakaman Panggilan Telefon Pesanan Pizza Tahun 2120

Operator : Terima kasih kerana anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....

Pelanggan : Hello, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Ok lah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : Kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : Sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....



Sumber: Perkongsian daripada seorang sahabat di Facebook...(",)
Read more...

Tuesday 19 July 2011

Integrasi Alumni KMP

Alhamdulillah setelah sekian lama dikejar masa yg sentiasa memburu, hari ni sempat jugak tgn ini menaip sesuatu utk tatapan semua. Post kali ni bertujuan untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dalam Program Integrasi Alumni Kolej Matrikulasi Perlis Bersama Pelajar Generasi ke-12 yg melabuhkan tirainya pada 16 Julai baru2 ni. Alhamdulillah program tersebut berjalan dgn lancar dan rindu di hati kt KMP pun terubat serba sedikit..hehehe

Semangat nk turun KMP sampai sanggup ponteng Internship kat KL (",).. Hari khamis tepat jam 11 malam naek bas bertolak dari Puduraya dan sampai dlm pukul 6.00 pagi kat Kangar, Perlis. Lepas solat subuh , sarapan roti canai, dudukla termenung tunggu kawan yg kata nk mai amek kat stesen bas. Tapi.......sejam kena tunggu x mai2..ada ka patut..hoho naseb baek jumpa dua org kawan yg nak pi program tu jugak..so amekla teksi..save bajet sikit..(",)

Baru setahun xbalik KMP, rasa mcm dah byk yg berubah.....

Program ni sebenarnya nak mengeratkan hubungan silaturrahim antara Alumni dgn pelajar semasa. Peserta program ni dalam lingkungan 164 orang kalau x silap. Dalam program ni aku kena jadi AJK Pengisian dan Fasilitator..2 in 1..nasib baek la xbyk keja kn..

Diringkaskan cerita, kumpulan aku diberi nama Ayam sbb semua kumpulan guna nama Haiwan (mcm Hari Haiwan Sedunia dah kt KMP..hahaha)..Ada 10 org adik2 puteri - Zulfa, Zufa, Shahira, Izdi, Tymah, Shanti, Ng, Esha, Zulaikha, Liyana (terlupa nama ni..maaf kalau salah ea) - dan seorang hero, Hao.. Pastu, semua sepakat pulak nk letak nama kumpulan Chicken Dance..nama ja k..xda menari2..(",)
Adik2 KMP Gen 12...Chicken Dance..
Dah abes semua program, hati ni rasa puas sebab dapat berkongsi pengalaman dgn adik2 ni walaupun kami baru kenal. Tapi........sehari mcm xcukup utk kami lebih kenal hati budi masing2.. InsyaAllah program mcm ni akan diteruskan lagi oleh Persatuan Alumni KMP utk semester depan dgn program2 yg lebih menarik dan penambahbaikan..seronok sebenarnya dapat berkongsi pengalaman dgn adik2 ni..ada yg pemalu, ada yg spotting, ada yg semangat dan macam2 ragamla walaupun hanya 11 org..hehehe insyaAllah ada masa dan rezeki nanti kita lepak2 kat KMP lagi..

Kalau diberi kesempatan masa lebih panjang lagi best sbb byk lg nk kongsi ngn adik2 ni..kesian sbb ada yg masih lg kurang yakin dgn suasana pembelajaran kat matrik dan ada yg masih lagi takut2..samala mcm aku dulu tp sikit ja la..hehe sebab tu aku rasa terpanggil utk join program ni supaya aku dpt tolong adik2 ni walaupun sedikit..
Peserta2 Program Integrasi Alumni KMP
Pengalaman bersama adik2 dlm program ni dirasakan sgt bermakna bagi aku..Pentingnya dorongan dan sokongan setiap manusia yg ada di bumi ni untuk mengharungi cabaran kehidupan terutama sekali sesama muslim kerana KITA adalah BERSAUDARA..Rasulullah s.a.w bersabda, "Perumpamaan orang2 beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam" (HR. Muslim).
Kalau nk ikutkan banyak lagi nk tulis pasal program ni tapi rasanya cukupla setakat ni saja kot..takut melalut ja panjang nanti.. (",)
Sekian...Wassalam..

p/s : kalau nak tengok gambar lagi boleh KLIK SINI dan SINI




Read more...

Friday 8 July 2011

Masalah : Bebanan atau Peluang?

Mode: Motivator (di awangan sekejap..(",) )


Alhamdulillah kali ni aku berkesempatan sikit utk menaip sesuatu utk dikongsi bersama.. Hmm objektif entry kali ni adlh utk mmbuka minda kita semua trmasuk diri ini supaya sentiasa berfikir luar daripada kotak utk menempuh ujian hidup yg telah diaturkn oleh Allah s.w.t. Secara lazimnya keberangkalian yg sgt2 tinggi utk manusia normal sperti kita msti xkn pernah lari drpd ditimpa masalah bukan? Jadi persoalannya di sini, bagaimana kita nk hadapi segala onak duri yg mendatang tu kn...sebelum aku berceloteh lbh pnjg, jom kita tgk beberapa peluang yg tlh diambil oleh org2 yg tlh berjaya dlm mengatasi mslh2 yg dihadapi..


Masalah 1: Ramaila pkerja2 aku dh nk pencen..nk kena cari pkerja baru lg..hmm cmnala aku nk cari pkerja baru disamping dpt kaut untung sbyk mungkin?


Solusi: Donald Trump dh amek peluang disebalik masalah ni dgn cara wt rncgn realiti TV "The Apprentice".. disamping dia nk cari pkerja baru, dia pn blh gk dpt untung bla ramai org tgk rncgn dia kn..mmg otak bisnes tol..hehehe


Masalah 2: Ish byk btoila nyamuk2 ni..kacau ja aku nk tdoq malam2.. makin lama makin cpt plak depa membiak..rimas btoi..(loghat kedah)


Solusi: Disebalik mslh ini, wujudlah idea di kalangan usahawan2 utk mnjalankn perniagaan ubat nyamuk disamping berbakti kpd masyarakat, blh jgk depa dpt untung kn..antara jenama2 yg popular sperti RIDSECT, FUMAKILLA, SHIELDTOX dan mcm2 lg la kn..


Masalah 3: Kemampuan manusia yg terbatas menyebabkan manusia ingin mencipta sesuatu dan mencari sesuatu utk mengatasi kelemahan mereka yg sedia ada..contohnya, manusia ingin terbang?


SolusiTan Sri Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes) telah melihat satu peluang dsebalik masalah ini dgn mengasaskan Tune Air Sdn. Bhd (plg popular Air Asia la kn)..hebat gk apabila akal manusia berfikir lbh jauh ke depan kn..


Masalah 4: Siswa/i IPTA yg amek pinjaman PTPTN kebanyakannya mengalami masalah kewangan sepanjang tempoh pengajian terutama siswa/i di IPTA yg berdekatan dgn bandar atau kwsn kos sara hidup yg tinggi seperti di UM..huhu


Solusi: Kebanyakan drpd mereka mggunakan masa cuti yg agk pnjg ni utk mencari keja disamping menabung utk kos pengajian sesi depan..Sebab tu la skg ni klw pegi jalan2 kt sekitar KL ni msti akn jumpa Siswa/siswi UM yg bkerja sbg promoter, cashier dan mcm2 lg la..Tapi ada jgk di kalangan mereka yg amek inisiatif utk mengajar tuisyen, buat latihan industri dan ada yg buat bisnes kecil-kecilan..


Kesimpulannya, setiap org mesti akn ada mslh yg dihadapi sepanjang kehidupan dia sbg manusia..Yg plg penting, kita kna igt mcm mana nk atasi mslh2 trsebut..Jgn terlalu BERFIKIR betapa susah dan rumitnya masalah yg dtg tapi BERFIKIRLAH apa jalan penyelesaian yg terbaik utk keluar dari masalah tersebut dan LIHATLAH peluang2 (hikmah) yg ada disebalik masalah2 tersebut..contohnya mcm apa yg berlaku kt individu2 di atas..kalau mereka boleh BERJAYA, mengapa tidak KITA kan? 


Sekian saja perkongsian aku utk entry kali ni..semoga bermanfaat utk semua..jom tgk2 bisnes kecil-kecilan yg sdg dan bakal dikembangkn oleh aku di sini...insyaAllah..
Maaf ats segala kekurangan diri yg serba lemah ini..Wassalam..
Read more...

Wednesday 6 July 2011

Hantu vs Manusia

Mula-mula skali aku nk mtk maaf la kt semua sbb xsempat nk mencoret sesuatu utk dikongsi..hmm kali ni pn aku nk share crita yg agk mnarik utk tatapan kita bersama tp bkn hasil nukilan aku juga..dh lma simpan dlm lptop ni..so drpd aku sorg je bc baek aku share kn..tp aku pn dh lupa amek dr mana crita ni..maaf ea kpd pencerita yg sbenar (",)...jom kita renungkan intipati yg tersirat dlm cerita ni..


Perkara : Mesyuarat Agung Hantu-Hantu Kebangsaan

SUATU MALAM di bulan puasa, bertempat di sebuah tempat yang dirahsiakan kerana tidak diketahui oleh manusia tentang logistik sebenarnya, para hantu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak. Lantaran pergerakan dan tidak dapat bergerak bebas, para hantu mengambil kesempatan bulan puasa untuk mengadakan mesyuarat agung di samping bartanya khabar antara satu sama lain. Dalam keadaan berantai kaki dan tangan, para hantu bersusah mengadiri mesyuarat di ruang seminar yang juga tidak disahkan kedudukan sebenarnya. Mungkin juga lebih hebat dan prestij berbanding mesyuarat agung parti-parti politik dalam negara atau mungkin juga tak seberapa memandangkan tidak dapat bergerak bebas.

Sebagaimana organisasi parti-parti politik atau persatuan yang ditubuhkan oleh manusia, pertubuhan hantu-hantu kebangsaan juga mempunyai carta organisasi tersendiri. Selaku hantu yang paling besar dan popular, hantu raya dipilih menduduki kerusi presiden meskipun dicabar oleh pontianak. Timbalan presiden disandang oleh hantu penanggal. Naib presiden pula dijawat oleh jembalang, pocong dan pontianak. Setiausaha agungnya ialah pelesit. Manakala bendaharinya pula ialah toyol. Polong pula menduduki kerusi pengerusi tetap. Sementara langsuir, hantu galah, hantu kopek, hantu bungkus, hantu golek, antu air dan hantu lampor pula merangkap ahli jawatankuasa. Tidak keinggalan drakula, vampire dan hantu Jepun yang datang sebagai pemerhati. Namun pada tahun pemilihan jawatan tidak diadakan kerana sudah diadakan pada tahun lalu.

Setelah hantu raya merasmikan miesyuarat dan membuat ucapan pembukaan, membentang penyata mesyuaat tahun oleh setiausaha dan pembentangan laporan kewangan oleh bendahari, maka tibalah giliran para hantu melaporkan tugas dan ketidakpuasan hati berkenaan tugas serta tangungjawab masing-masing.

"Siapa yang mahu mulakan pemtentangan laporan dan usul kali ini?" ujar polong selaku pengerusi tetap.
"Aku dulu, tuan pengerusi!" laung langsuir seraya mengangkat tangan dan berdiri.
"Silakan... tapi bercakap tu biar bersopan sikit. Gunakan bahasa mesyuarat. Jaga sikit status kita sebagai hantu yang sopan-santun dan berbudi bahasa. Kau kan hantu wanita. Silakan, lang..." tegur polong.
"Maafkan saya, tuan pengerusi. Sebenarnya aku... ops! Sebenarnya saya dah fedap nak jadi hantu lagi. Saya fedap sebab manusia macam dah tak gerun lagi kat aku. Ahh! Payahlah nak cakap saya-saya ni! Manusia bukan saja tak gerun kat aku tapi berebut nak sumbat aku dalam botol sebab nak glemer masuk dalam paper. Dah tu pulak aku mengilai macam nak rak pun manusia buat dek je. Suara aku mengilai dah tenggelam dengan bunyi ekzos motor yang berlumba haram. Langsung aku tak boleh nak cari makan sekarang ni. Nak-nak lagi kat bandar. Sehinggakan nak beza perempuan pun susah. Sekali tu aku ingatkan nak hisap darah perempuan ngandung, rupanya mat rock yang berambut panjang dan perut boroi. Konfius aku dibuatnya. Jadi..."


"Stop! cukup setakat itu, lang. Masa tak mengizinkan. Kita beri peluang pada hantu lain pulak, okey? Next...!' pintas polong selaku pengerusi tetap kerana bimbang usul negatif langsuir itu mempengaruhi minda hantu-hantu yang lain.
"Saya! Saya... tuan pengerusi!' jerit toyol mengangkat tangan sambil terloncat-loncat untuk menarik perhatian pengerusi tetap.
"Silakan, yol!"
"Terima kasih , tuan pengerusi. Yang berbahagia tuan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha, ahli jawatankuasa..."
"Tak payahlah ikut protokol sangat, yol. Buang masa je protokol ni. Teruskan dengan laporan dan usul anda," celah polong.


"Baiklah, tuan pengerusi. Untuk pengetahuan tuan pengerusi dan presiden, saya bercadang untuk meletak jawatan sebagai bendahari. Saya bimbang kalau-kalau tidak berupaya memikul amanah. Tuan pengerusi dan presiden faham-faham sajalah tugas dan peranan saya sebagai toyol. Kerja saya mencuri duit, bukannya menjaga duit. Jadi saya takut kalau-kalau tercuri duit persatuan. Seperkara lagi, saya sependapat dengan langsuir dan bercadang untul berhenti dari jadi hantu. Lagipun khidmat saya sudah jarang digunakan oleh manusia. Tambah pulak sekarang ni manusia lebih cekap mencuri dan merompak berbanding saya. Saya curi ikut person dan secara kecil-kecilan saja tapi manusia merompak secara besar-besaran. Dah tu siap guna senjata api dan ada yang sampai bunuh membunuh. Jadi..."
"Cukup, yol! Masa dah habis. Next.." Sekali lagi polong terpaksa memotong usul yang dikemukan oleh toyol sebagaimana yang disampai oleh langsuir sebentar tadi.
"Saya, tuan pengerusi...!" sahut pontianak sambil melonjakkan tapi tak terdaya untuk melonjak tinggi kerana dibelenggu rantai.
"Silakan, pon."


"Terima kasih, tuan pengerusi. Sebenarnya saya masih kecewa kerana kalah besar dalam pemilihan jawatan tahun lalu. Saya tak faham kenapa hantu-hantu sekalian memilih hantu raya padahal saya lebih popular. Kisah saya ada dalam filem manusia dan lagu pun ada..."
"Nanti dulu, pon! Saya rasa masalah awak tu lebih bersifat kepentingan peribadi. Kita beri peluang pada hantu lain, okey?.'"sekat polong.
"Saya, tuan pengerusi!"
"Tunggu dulu, tuan pengerusi. Saya belum habis cakap lagi," pontianak meninggikan suara dan cuba menghalang pelesit dari merebut gilirannya meluahkan perasaan.
"Berilah dia peluang," hantu raya selaku presiden menggunakan kuasanya untuk membenarkan bekas kekasihnya meneruskan bicara.
"Baiklah, presiden. Teruskan, pon..."


'Terima kasih, tuan presiden. I love you. Sebenarnya saya dah malas nak jadi hantu lagi. Manusia sekarang dah tak takut kat hantu lagi. Mereka lebih takut pada lembaga. Bukan lembaga hantu tapi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Waran tangkap kesalahan trafik pun mereka takut. Lagipun buat apa nak jadi hantu lagi sebab manusia sendiri pun dah macam hantu. Ada yang jadi hantu judi, hantu mabuk, hantu perempuan, hantu dangdut, hantu..."


"Dah! Dah! Cukup...! Sekian saja mesyuarat kita kali ini. Dengan ini saya..."
"Tunggulah dulu, tuan pengerusi. Saya pun fedap jugak jadi hantu!" jerit pelesit yang tak puas hati kerana tak berpeluang meluahkan isi hati. Namun polong tetap menamatkan mesyuarat bagi mengelak sekalian hantu bersepakat untuk mogok daripada terus menjadi hantu.
"Tuan pengerusi! Giliran saya camne, tuan pengerusi? Tuan pengerusi...!!!"
"Tuan pengerusi...!!!"




Read more...

Sunday 3 July 2011

Sifat marah penutup pintu kesabaran

Entry kali ni lain sikit drpd biasa sbb cerita ni bukan nukilan aku.. Td tengah belek2 smua nota2 yg ada dlm 'Local Disk (D)' terjumpala satu kisah yg rsanya sgt bermanfaat utk dikongsi bersama.. x igt dh dr mna sumber artikel ni tp xpela yg penting kita semua blh amek iktibar dan nilai moral dlm crita ni k...

Kisahnya begini....

Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari...ada sepasang suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya... Si suami seorang yang panas baran sehingga tak tertahan2 barannya kalau marah, walhal yang si isteri pulak seorang yang amat penyabar dan lemah lembut...

Setelah 20 minit berlalu,keadaan kesesakan jalan raya masih belum surut membuatkan si suami tadi mula naik darah dan melenting2, bagaikan nak terkeluar stereng kereta dihempap2nya..

Suami: hish, marah betul aku! diorang ni,kalau nak betulkan jalan pun, buat la waktu lain, ini tak...masa ni jugak terhegeh2 nak buat!

Isteri: sabarlah bang...tengok tu,kan ramai
orang kat depan tu,accident kot..
suami: arrrgghh..kau diam! orang perempuan mana tahu hal2 macam ni! oooo, accident ye?!

Dengan perasaan marah, si suami tadi keluar dan menghempap pintu kereta sehingga terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu..

Isteri: eh, abang! nak ke mana tu?

Suami: kau jangan banyak tanya! duduk aja dalam keta ni, aku taula apa nak buat!

Dengan marah yang masih meluap2, si suami tadi berjalan dengan angkuhnya menuju ke arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu tidak jauh dari situ...tiba2, si suami tadi menarik nafas dalam2 dan menjerit sekuat...

Suami: TEPI..TEPI...AKU ABANG DIA! AKU ABANG DIAAAA..!

Mendengarkan si suami tadi terjerit2 begitu, secara automatik semua orang beri laluan kepadanya. si suami tersenyum2 dan memuji dalam hati 'menjadi jugak taktik aku'. Apabila si suami sampai saja di tempat kejadian,bagaikan nak terkeluar biji matanya melihat 'adiknya' yang terlantar tak bernyawa... mana tidaknya,'adiknya' itu SEEKOR MONYET!
kesiaaann...
                          
                                            


p/s: Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....sabar itu separuh daripada iman..insyaAllah kalau kita bersabar, kita akn lebih merasai nikmat kehidupan yg dipinjamkan Allah kpd kita...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...