Penyokong Setia (",)

BISNES AKU

Friday 1 July 2011

Buraq = Kapal Terbang?

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk mencoret sesuatu di sini sebagai satu perkongsian kepada semua. Selaku individu yg tahu dua perkataan utama dalam tajuk ni mesti kita akan rasa satu kehairanan dan ‘kepelikan’ di benak fikiran masing-masing kan? hehehe xpa2, jom kita hayati kisah di bawah ni…


Maka tersebutlah kisah dua ekor semut yg telah lama berkawan daripada kecil sampai dewasa di sebidang sawah yg sgt cantik di Kedah. Si Merah terkenal dengan hobinya yg suka mengembara ke merata tempat dan Si Hitam pula begitu popular dgn gelaran Mami Jarum (versi semut..hehe).


Suatu hari, selepas pulang dari satu tempat Si Merah bertembung dgn Si Hitam lalu berlaku la perbualan antara mereka.


Si Hitam, “Hoii Merah, hang baru balik dari mana ni tersengih-sengih?”


(aish..terperanjat aku..xreti bg salam ka dia ni…) *monolog Si Merah.
“Aku pi jumpa saudara kita kat Australia tadi” jawab Si Merah..


Si Hitam dgn muka yg penuh kehairanan terus bertanya, “Apa?? Australia? Hang jgn nk bohong aku la..baru pagi tadi aku selisih dengan hang..takkanla hang pi sana 3jam ja?”.


“Hmm..aku jawab btol2 hang takmau pecaya lak..btoila aku pi sana sat (sekejap) ja, lepas sembang2 sikit dengan depa (mereka) aku balikla”


Kemudian, mereka terus berpisah dan balik ke rumah masing2. Tetapi, Si Hitam tetap xpuas hati dgn jawapan Si Merah lalu dia menyebarkan cerita kat semut2 yg lain bahawa Si Merah sudah kurang siuman.


Keesokan harinya seperti hari2 minggu yg lain, semua semut2 akan berkumpul di tanah lapang sebagai rutin mingguan depa. Tiba2 Si Merah terperanjat apabila namanya dipanggil oleh ayahnya (Ketua Semut) keluar ke depan. Dengan penuh kebingungan dan ‘keketaran’ Si Merah berjalan ke arah ayahnya di depan semua masyarakat semut.


Ketua Semut : Anakku, benarkah apa yg aku dengar hang telah berjumpa  dengan saudara kita di Australia  
pagi kemarin?


Si Merah : Yup, Betoi ayah..cek pi sana kemarin..jumpa dgn Pak  Renggeng..Dia duk tanya pasai ayah gak..Awat?    


Ketua Semut : Hmm..memang btoila apa yg ayah dengar..otak hang ni dah makin berkarat..nasib baik kwn baik hang Si Hitam tu habaq kat ayah..mustahil hang (seekor semut) boleh pi Australia dalm masa 3jam..sekarang hang buat pengakuan depan semua yg hang saja2 buat cerita..Cepat!!


Si Merah : Ayah, cek sihat walafiat lagi la..awat pulak mustahil? Cek masuk dalam poket Bussinesman la ayah..dia naek KAPAL TERBANG pi Australia..jadi sy pun ikut sekali la..adoyai…


Ketua Semut : Laaa..awat x cakap hang naek KAPAL TERBANG..barula masuk akal hang pi sana 3jam..hmm nk kena Si Hitam ni.. Hitam!!! Hitam!! Hitam!!!


Si Hitam : Err saya Tuk Ketua…..(dgn muka pucat ‘keketaran’..)


Ketua Semut : Dah dengar apa yg Si Merah cakap tadi kan..mulai hari ini sampai ke anak cucu cicit kita, aku perintahkan hang pastikan semua semut sampaikan cerita yg betoi2 saja kpd semua setiap kali hampa berselisih..boleh?


Si Hitam : Errr boleh tuk..boleh3 (sambil angguk2)


Tamatla kisah si semut ni..agaknya ni la salah satu sebab kenapa sekarang kalau berselisih, semut2 ni akan ‘bersapa’ antara satu sama lain sambil bercerita..(..hehehe cerita ni hanya rekaan semata2 k..)


Hmm..tapi apa kaitan pulak dgn BURAQ kan? OK mai sini sy nk cerita..sebenaqnya kisah ni hanyalah perumpamaan utk bg kita lebih faham tentang peristiwa Israk dan Mikraj.


Kenapa Allah takdirkan Rasulullah s.a.w. menunggang Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa? Sebabnya adalah secara logiknya manusia akan bergerak lebih mudah dan pantas dengan binatang tunggangan pd masa tu dan Allah takdirkan beberapa peristiwa dlm perjalanan itu Rasulullah s.a.w bertembung dengan rombongan pedagang2 Quraisy sebagai bukti peristiwa tersebut..Tahu kan? (Itu pun masyarakat jahiliyah susah nak percaya lagi kn..Ish3..)


Yang kedua pulak, dgn kuasa Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w. meneruskan perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh dalam masa satu malam sahaja.


Kesimpulannya, analogi ini sama dgn kisah semut tadi dimana pada mulanya xda mana2 semut pun percaya yg Si Merah pergi ke Australia dalam masa 3jam saja tp apabila diberitahu dia menaiki KAPAL TERBANG, semua semut terus percaya tanpa was-was lg..


Samala dgn kita, walaupun mungkin x logik manusia boleh naek ke langit dalam satu malam tapi dgn kuasa Allah s.w.t segalanya boleh terjadi dan tidak ada yg mustahil …Sekian (“,)


<kisah ni diadaptasi daripada cerita ustaz masa kt SMKAS dulu..hehe cuma ada beberapa tokok tambah utk menyedapkan cerita>


Jom hayati PENGAJARAN peristiwa Israk dan Mikraj ni DI SINI. 

6 comments:

  1. hahhaha...comel jew...si hitam ngn si merah....

    ReplyDelete
  2. hehehe besala..msti mcm kanak2 kn..huhu bwu 1st tyme..

    ReplyDelete
  3. urmm..nede perfect..msti ada gk yg kureng..pnjg sgt..hoho btw thnks k (",)

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhhhh..comellah cerita semut tu.. seronok baca.. kelakar pon ada.. masuk dalam poket business man..hihihi.. teruskan menulis ya dik

    ReplyDelete
  5. hehe thnks kak..xpndai sgt pn ni..baru ja blajaq.. insyaAllah selagi bkemampuan (",)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...