Penyokong Setia (",)

BISNES AKU

Monday 22 August 2011

Contest Aku Berpuisi-Nukilan Untuk Sang Kumbang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pertama sekali nak mohon maaf kepada semua 'readers' sebab terpaksa buat 'post' dua kali..hehehe ni semua sebab malas nak kacau 'post' yang original sebelum ni..Tujuan 'post' kali ni adalah sebab hati ni terdetik nak join Contest Aku Berpuisi yang dianjurkan oleh Mohamad Azhan..hehe saja je nak mencuba nasib kan..sapa2 nak join pn boleh lagi join sebelum 31 Ogos dgn klik kt gambar bawah ni k..selamat mencuba (",)

Nukilan Untuk Sang Kumbang
Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan
Kau diberi peluang menjaga bunga-bunga itu dengan sepenuh kudratmu
Kau diberi mandat membetulkan haluan lenggokan bunga-bunga itu
Kau harus ingat amanah ini bukan mainan mahupun kebanggaan keatasmu

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada mawar yang berduri
Janganlah Kau sesekali mematahkan duri-duri itu
Kerana duri itulah perisai baginya dan pengawal dirinya
Sebaliknya Kau pagarkanlah ia dengan hiasan takwa kepada penciptanya

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau rakus meleraikan kelopak bunga itu satu persatu
Janganlah sesekali Kau menghilangkan keharuman bunga yang mekar mewangi
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang perosak yang tiada tempat di sisiNYA kelak

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu semata-mata
Tetapi bunga-bunga inilah menjadi tanggungan keatasmu di alam kekal abadi

Wahai Sang Kumbang...
Benar Kau diberi kelebihan bertaut lebih daripada satu
Namun harus Kau ingat bukan nafsu menjadi ukuran untukmu
Benar Kau diberi kuasa menentukan haluan Si Bunga mengikut kehendakmu
Namun jangan dilupa tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan sepintas lalu

Wahai Sang Kumbang...
Tugasmu bukan untuk bersenang menghisap madu dan berlalu pergi
Setiap perlakuanmu menjadi luka yang mendalam kepada Si Bunga
Kerosakan yang Kau lakukan tidak boleh ditukar ganti buat Si Bunga
Ingatlah amanahmu lebih berat dari keseronokan yang Kau dambakan...



Syarat Contest ni kena tag 3 orang, so mangsanya : HafidahnorinLinapink & Mienbaik...hehehe

14 comments:

  1. urm? hehe thnks kak sbb ziarah..hehe baru blajar g ni..insyaAllah akan ada Nukilan Unutkmu Bunga pasni..hehe nk ikut jejak langkah kak ni..masuk contest ni pn sbb kak habaq..hehe dh try hntaq kt iluvislam gk..sj nk try..klw dpt komen dr pakar lg bagus (",)

    ReplyDelete
  2. cessss....sedapnyer nme yg kne tag tengah2 2...hohoh

    ReplyDelete
  3. salam sahabat puisi, mohon maaf atas perhatian yang lewat. saya terlalu sibuk beberapa waktu ni.

    Pertama kali saya nak ucapkan terima kasih atas kesudian menyertai contest aku berpuisi =)

    peringatan berguna buat sang kumbang yang selalu menjadi punca si bunga merana...kasih dan cintanya kerana-NYA =)

    ReplyDelete
  4. salam...
    syukran sahabat atas kunjungan..
    InsyaAllah segala perkongsian sepatutnya kita gunakan dgn sebaek mungkin untuk memberi manfaat kpd yg lain (",)

    ReplyDelete
  5. tahniah bro layak ke pusingan akhir
    pesanan yg cukup bermakna

    ReplyDelete
  6. Ziarah melihat finalis top10 contest aku berpuisi :)..

    tahniah dan gud luck..

    http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/07/17/contest-aku-berpuisi-warna-warni-bersih-2-0/

    ReplyDelete
  7. thnks @penaberkala & @ShakirShafie..tapi mcm korang blh tw sapa yg masuk final ek? dh lama senyap je..nk check ktne? sekadar suka2 je ni wt puisi..xsgka pn blh masuk final (",)

    ReplyDelete
  8. tahniah...
    tersenarai top 10..
    gudluck!

    ReplyDelete
  9. thnks lia irdelia..tp klw ada sapa2 tw cmna nk check, mtk tlg gtw nk tgk ktne ea..nk tgk gk spe lg top10 (",)

    ReplyDelete
  10. check kat blog penganjur bro
    latest entri

    ReplyDelete
  11. mesej utk sang kumbang. bravo!

    tahniah dpt tersenarai dlm top10 contest ni.

    goodluck ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...