Sampaikanlah olehmu walau hanya sepotong ayat. Ikutlah resmi PADI makin BERISI makin TUNDUK kerana sehebat mana pun kita, INGAT masih ada Dia yang maha sempurna dan maha melebihi segala-galanya (",)
Rancangan realiti TV di Astro Oasis iaitu Imam Muda 2 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan jumlah tayangan sebanyak 10 episod malam tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Imam Muda Unggul (Johan) iaitu Imam Muda Hassan <Perak> dan Naib Johan, Imam Muda Nazrul <Johor>.
Apa yg ingin sy tekankan di sini ialah tentang intipati yg sangat berguna yg dpt kita ambil daripada tugasan mereka di kampung halaman. Seharusnya budaya ini harus diwujudkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat iaitu "memberi" apa sahaja khidmat atau berbakti kepada masyarakat setempat dengan apa saja kepakaran yg kita ada. Kita jangan menjadi seperti setitik NILA yg merosakkan susu sebelanga sebaliknya kita mestilah menjadi seperti setitik MINYAK di tengah lautan yg tidak pernah tenggelam.
.: p/s: Kalau nk tengok video ni KLIK "watch on YouTube" kat sudut bawah video sebelah kanan sebab page ini ada 'background music' yg akan ganggu audio video ni..maaf atas kesulitan...
Intro Program Imam Muda 2 Episod 10
Tugasan yg sangat bermanfaat untuk diterapkan dalam masyarakat
"Aku adalah anak panah Islam, campakkanlah aku di mana sahaja nescaya aku akan tetap berjuang!" InsyaAllah..Sekian... Read more...